Petua-Petua Tradisional Menghilangkan Bau Badan

Posted by Blog Informasi

Badan yang berbau sememangnya memalukan dan boleh mengganggu teman-teman sekeliling kita. Di bawah ini disertakan petua-petua tradisional menghilangkan bau badan.



MENTIMUN.


Ambil sebiji mentimun muda kupas kulitnya dan basuh dengan bersih. Sapukan sahaja isi dalam mentimun ke bahagian badan yang berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas mandi. Insyaallah...

BERAS GORENG DAN ASAM JAWA.

Ambil segenggam beras dan gorengkan tanpa minyak sehingga hangus. Hancurkan dan bancuh bersama air asam jawa. Sapukan atau gosokkan ke bahagian badan yang berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Insyaallah akan ada perubahan kepada anda.

PEWANGI PELUH.

Ambil tawas dan hancurkannya menjadi serbuk dan gaulkan dengan sedikit bedak. Setelah itu sapukan dengan rapi ke semua bahgian badan yang berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum anda tidur. Insyaallah anda akan dapati peluh yang dari badan anda menjadi wangi.

DAUN SIRIH.

Ambil 20 atau 30 helai daun sirih dan direbus bersama segelas air dan jadikan minuman setiap pagi anda. Sebelum meminumnya hendaklah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW 3 kali sebelum meminumnya. Khasiatnya bukan sahaja mewangikan peluh malah akan menjadikan mata anda sentiasa terang. Insyaallah... 



Post a Comment