PADAH !! Pengsan Kerana Baju Terlalu Ketat | DUBLIN - IRELAND. Seorang ahli bina badan pengsan selepas kekurangan darah untuk sampai ke otak gara-gara baju yang dipakai terlalu ketat, kelmarin.
Menurut Waterford Whispers News, Cathal Hennessy memakai baju yang dikatakan hanya sesuai untuk kanak-kanak berumur 9-12 tahun ketika kejadian.
Menurut saksi, muka Hennessy sangat pucat dan kedua-dua belah tangan dan lengannya berwarna ungu disebabkan kekurangan darah.
Pasukan perubatan yang kebetulan berada di tempat kejadian berjaya memberikan rawatan kepada Hennessy.
Kebiasaannya, segelintir ahli bina badan mengenakan baju ketat untuk mempamerkan otat badan di bahagian lengan, dada atau perut.
Post a Comment