SAYU mendengar permintaan anak sulung mangsa kemalangan di Lebuhraya
Duke, meminta agar pihak berkuasa menangkap individu yang telah
melanggar bapanya sehingga terkorban.
“Tangkap orang yang langgar ayah saya,” begitulah pesanan yang
disampaikan Nur Firuza Amira, 7, kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi yang menziarah keluarga allahyaham Fairuz Nizam
Husain hari ini.
Nur Firuza Amira dan adiknya, Nur Firuza Aqila, 4, menjadi yatim piatu
selepas ibu bapa dan adik mereka terlibat dalam kemalangan tersebut.
Bapa Nur Firuza Amira, Fairuz Nizam, ibunya, Nova Safitri, 27, dan adik
bongsunya, Nur Firuza Annisa, tujuh bulan maut dipercayai
kemalangan angkara enam pemandu Myvi yang berlumba haram di lebuhraya.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.05 pagi itu, kenderaan Pajero Sport
yang dinaiki mangsa berlanggar dengan dua buah kereta Myvi sebelum
berpusing dan terbalik di tengah jalan.
Jenazah ketiga beranak itu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Radhatul Sakinah, Gombak, semalam.
Post a Comment