Nahas DUKE: ‘Papa Cu Akan Jaga Kami’

Posted by Blog Informasi




ANAK kedua pasangan suami isteri yang maut di Lebuhraya Duke Sabtu lalu, Nur Firuza Aqila, 4, berkata dia sangat sedih kerana kehilangan ibu, bapa dan adik perempuannya sekaligus dalam insiden tersebut.
Dia turut menyatakan bapa saudaranya, Faizznur Asyraf Husain, 25, yang dipanggilnya sebagai Papa Cu akan mengambil tanggungjawab untuk menjaganya dan kakak, Nur Firuza Amira, 7.
“Aqila memang sedih dah takde mama, papa dan adik tapi Papa Cu dah janji nak jaga kami berdua,” katanya memetik Harian Metro.

Adik bongsu Fairuz Nizam, Faizznur yang akan mendirikan rumah tangga Oktober tahun ini redha dengan takdir yang menimpa dan sanggup menjadi bapa segera kepada dua beradik malang itu.
Dalam kejadian awal pagi Sabtu itu, kenderaan Pajero yang dinaiki tiga mangsa itu dirempuh pemandu Myvi yang dipercayai berlumba di lebuhraya terbabit.
Fairuz Nizam, 35, meninggal dunia di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak bongsu pasangan itu, Nur Firuza Annisa, enam bulan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.



Post a Comment