Gambar Selfie DYMM Yang di-Pertuan Agong & Permaisuri Jadi Viral

Posted by Blog Informasi

Selfie adalah suatu trend merakam gambar kenangan yang kini menjadi kemestian bagi sesiapa sahaja yang memiliki kamera, mahupun smartphone.
Walaupun ia hanyalah trend dan gelagat majoriti golongan muda hari ini, tetapi ia menjadi unik apabila pasangan DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, 87 bersama DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Hamimah, 61, turut merakam gambar dengan gaya yang sama.
2
Gambar yang sempat dirakam oleh jurugambar Jabatan Penerangan Malaysia ketika lawatan baginda berdua ke China baru-baru ini.
Gambar yang kini telah menjadi viral di media sosial mendapat perhatian dari orang ramai dan ada yang melahirkan rasa terharu apabila melihat selfie pasangan diraja tersebut. -HarianBlogger.Com



Post a Comment