Cuba Teka Berapa Umur Wanita Ini?

Posted by Blog Informasi


Liu Xiaoqing merupakan seorang aktress veteran dari negara China yang kini telah mencecah usia 64 tahun. Kini Liu sekali lagi menarik perhatian media di China apabila tampil dengan wajahnya yang sentiasa tampak kelihatan muda.
Wanita yang lahir pada 30 Oktober 1951 di daerah Chongqing China ini, pernah menyertai pertandingan ratu cantik di Jepun dan dinobatkan sebagai wanita kedua tercantik di dunia bagi usia 40 tahun ke atas.
Di awal usianya beliau telah ditawarkan membintangi beberapa filem di negara tersebut pada lewat tahun 70-an.


2
Ada khabar angin yang mendakwa Liu menjalani pembedahan plastik untuk mengekalkan kecantikannya, mustahil bagi wanita berusia 64 tahun tetapi memiliki wajah yang sebegitu muda sekali.
Tapi bagi Liu, dakwaan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk sentiasa tampil cantik dan masih lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan.
Memiliki wajah yang cantik ditambah bakatnya di dalam bidang lakonan membuatkan beliau seringkali menerima anugerah di Festival Filem China. Antara filem yang dibintangi adalah Wall Of The South China Sea 1976, Qiao Zhe Yi Jia Zi 1979 dan Xiao Hua 1980.
2
Liu memegang watak sebagai gadis berusia 19 tahun di dalam filem Xu Beihong.
Di awal tahun 1990-an Liu melibatkan diri pula dalam dunia perniagaan dan tidak lama selepas itu pada tahun 2009 Liu tampil semula dalam filem biografi China berjudul Xu Beihong.
Apa yang memeranjatkan lagi, Liu berjaya memegang watak sebagai gadis berusia 19 tahun dalam filem tersebut. -HarianBlogger.Com



Post a Comment