ISU gambar viral pasangan Thai-Jerman yang berpegangan tangan baru-baru ini, mereka tampil gesa penyebar gambar tersebut mohon maaf.
Gambar pasangan gay terbabit yang berpegangan tangan di dalam sebuah tren telah tersebar dan menjadi hangat di laman sosial media.
Di dalam satu temubual, Naparui ‘Mond’ Kaendi (lelaki Thai) mengangap itu satu perbuatan keji dan tidak menghormati privasi dirinya sehingga dia dilemparkan pelbagai tohmahan dan kutukan.
“Saya nampak seseorang perhatikan kami, saya tahu benda yang sama akan berulang lagi.”
“Kali terakhir berlaku perkara sebegini adalah pada tahun lepas ketika cuti Songkran. Gambar kami disebarkan di internet tetapi tidak viral seperti sekarang.” kata Mond ketika ditemubual.
Ramai yang dianggap keyboard warrior ini mengutuk dan mempersoal bagaimana Mond boleh memiliki lelaki yang sangat kacak dengan rupa yang ‘hodoh.’
Post a Comment