Kelab Famalia Myvi telah diserang oleh netizen dari pelbagai sudut seperti Page Facebook FMC. Pelbagai komen yang diterima oleh mereka dan kebanyakkan marah dengan fan club ini. Ia berpunca dari kemalangan yang membabitkan 3 maut iaitu pasangan suami isteri dan seorang bayi.
Kejadian yang berlaku pada jam 1.00am pagi tadi membuatkan netizen menyerang Fan Page kelab tersebut. Kelab kereta sepatutnya ditubuhkan untuk mendidik pemandu memandu dengan penuh etika dan bukannya mengajar berlumba. Jalan raya atau lebuhraya adalah laluan awan oleh semua orang. Jika mahu berlumba, Tun Mahathir sudah membina Litar Sepang dan antara litar diiktiraf dunia. Berlumbalah di sana.
Tagline 'Bring Back Humanity Back' perlu difikirkan semua di mana humanity anda di jalan raya. Lihat sekarang, berpunca kepada beberapa orang sahaja tetapi seluruh kumpulan terkena tempias akibat kemalangan ini. Jangan terpengaruh sangat dengan cerita Fast 7, ia sekadar cerita sahaja. Jika anda di luar sana menubuhkan kelab atau persatuan, sila didik ahli anda memandu cara berhemah dan elakkan lumba haram. Anda mampu mengubahnya.
Read more: http://terowonginformasi.blogspot.com/2015/05/familia-myvi-club-diserang-netizen.html#ixzz3Z4vsKgLa
Post a Comment