Pelajar Di China Terpaksa Bawa Meja Sendiri Ke Sekolah

Posted by Blog Informasi


















Di sebalik kejayaan negara China menyaingi negara barat dalam bidang ekonomi dan perdagangan, namun tahap kemiskinan masih sangat tinggi. Minimnya keadaan penduduk di beberapa kawasan selaras dengan pendidikan yang ada. 


Kesan itu boleh dilihat pada Wang Ziqi, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Shunhe, Provinsi Hubei. Ketika memasuki tadika di tahun baru, Wang Ziqi bukan hanya terpaksa menyediakan pelbagai keperluan sekolah, tetapi Wang juga terpaksa membawa meja dan kerusi sendiri ke sekolah.

Pemandangan begini terjadi setiap tahun baru. Untuk membawa meja dan bangku, Wang biasanya dibantu oleh kakak dan neneknya. 

Walaupun demikian, Wang bukanlah satu-satunya pelajar yang terpaksa membawa meja dan kerusi dari rumah. Sekurang-kurangnya ada lebih dari 3 ribu pelajar lain di sekolah rendah dan sekolah menengah di Shunhe yang dipaksa membawa meja sendiri. Keadaan itu berlaku kerana keterbatasan kemudahan yang diberikan kerajaan. Mereka hanya menyediakan kira-kira 2 ribu pasang kerusi dan meja. Padahal ada lebih dari 2 ribu pelajar yang bersekolah. 

Di bandar miskin tersebut, para orang tua murid terpaksa menggunakan apa sahaja yang mereka boleh gunakan, termasuk membawa meja kopi ke sekolah agar anak-anak mereka boleh belajar. 

Banyak orang tua yang mengeluh. Mereka menyalahkan sistem pemerintahan yang dianggap sangat korup.
"Kerajaan pusat memberikan dana untuk kemudahan sekolah," kata seorang penjaga murid kepada stesen berita NBC. "Tapi apabila sampai ke tempat kami, wang itu menghilang."

Walaupun kerajaan tempatan di sana sudah bertindak balas dengan memberikan tambahan meja dan komited akan memberikan bantuan lebih dari US $ 600,000 untuk menutup defisit anggaran, namun banyak dari penduduk yang tetap tidak percaya dengan janji-janji tersebut.

"Saya lebih suka percaya hantu di dunia ini daripada mempercayai janji-janji kerajaan," tjelas mereka pada berita Changjiang Times



Post a Comment