Dalam dunia bola sepak, kaki merupakan modal utama para pemain. Itulah sebabnya mengapa kasut sangat berperanan tidak hanya melindungi kaki, namun juga boleh menjadi motivasi tersendiri bagi para pemakainya.
Inilah yang cuba diangkat oleh pereka fesyen Yohji Yamamoto, orang di belakang jenama fesyen Adidas Y-3. Bekerjasama dengan syarikat peralatan sukan Jerman, pereka berasal dari Jepun itu mencipta kasut 'special' bertajuk Adidas Limited Edition Y-3 Adizero F50.
Dipetik dari 101greatgoals, Yamamoto mengaku bahawa ia diilhamkan oleh campuran dari tradisi kuno dan cerita misteri moden dari budaya Jepun. Designnya cukup unik.
Warna kasut tersebut sangat bersinar dengan gambar dua harimau jenis Sabre Tooth. Uff ... cukup gempak sesiapa yang melihatnya. Boleh jadi, kasut ini boleh menakutkan siapa yang memakainya.
Kasut ini akan dipasarkan pada harga 220 pound. Apakah kasut bergambar harimau berwarna kuning menyala ini mampu memikat hati para pemain bola sepak yang akan menggunakannya
SUMBER-DAIRISHARE
Post a Comment