Jyoti Amge telah dinobatkan sebagai wanita terpendek di dunia, sedangkan Brahim Takioullah adalah lelaki dengan saiz telapak kaki terbesar .Ketika keduanya bertemu, beginilah jadinya.
Dengan tinggi badan hanya 62,8 cm, Jyoti Amge (19) kelihatan sangat kecil ketika berdiri di samping Brahim Takioullah (31) yang mempunyai tinggi badan 246 cm, lelaki kedua tertinggi di dunia. Jelas sekali, badan Jyoti empat kali lebih kecil bila dibandingkan Brahim.
Brahim memang bukan orang tertinggi di dunia, namun saiz telapak kakinya yang seperti raksasa, dengan telapak kaki kiri 38.1 cm dan kaki kanan 37,4 cm, membuatnya dinobatkan sebagai pemilik telapak kaki terbesar di dunia oleh Guinness World Records.
Wanita yang berasal Nagpur, India, dan lelaki Maghribi ini bertemu dan berpose bersama untuk bergabung dalam cabaran The Amazing Feet. Tujuannya untuk mendapatkan hentakan 50,000 pasang kaki, yang kemudian diupload di laman officiallyamazing.tv / feet untuk menetapkan rekod untuk album foto kaki online terbesar, seperti dipetik dari Mirror.
Jyoti mengalami keadaan kekerdilan yang disebut achondroplasia. Meski pun begitu, wanita ini sama sekali tidak sedih dengan saiz tubuhnya yang mini. Jyoti malah bangga kerana berkat keadaan tubuhnya dia menjadi terkenal.
Wanita asal India ini dinobatkan sebagai wanita terkecil di dunia oleh Guinnes World Records pada ulang tahunnya ke-18 pada Disember 2011 lalu. Selepas itu, dia begitu aktif di parti Maharashtra Navnirman Sena (MNS) sebagai calon legislatif dalam pilihan raya di Mumbai, India.
Sedangkan Brahim membersar dengan cepat kerana menderita Acromegaly, yakni gangguan kelenjar pituitari yang menyebabkan tubuh menghasilkan hormon pertumbuhan yang berlebihan. Selain menyebabkan tubuh cepat membesar, dia juga ancam menderita tumor otak. Oleh kerana itu Brahim disyorkan untuk melakukan pembedahan.
sumber : dairishare
Post a Comment