Di Kritik Kerana Bina Jambatan Khas Hanya Untuk Kelawar

Posted by Blog Informasi





















Dewan Bandar Biberach an der Riss, wilayah Wuerttemberg, Jerman, mendapat kritikan lantaran membina dua jambatan khas hanya untuk kelawar.

The Daily Mail melaporkan, jambatan ini berfungsi melindungi kelawar agar tidak memasuki kawasan jalan yang baru dibina. Jambatan ini tidak boleh digunakan manusia menyeberangi atau haiwan lain.

Para pencinta haiwan mengatakan musang dan rusa juga menghadapi bahaya populasinya namun tidak dibuatkan jalan sama.

Namun lembaga memantau kewangan awam Bund der Steuerzahler mengatakan ini pembaziran. Laporan mereka menekankan dewan bandar agar sekurang-kurangnya membina jambatan agar dapat difungsikan bersama haiwan dan manusia agar lebih bermanfaat.

Demi melihat kebenaran kegunaannya, mereka meletakkan kamera pemantau (CCTV) apakah benar-benar berfungsi dan dilalui oleh kelawar. Sementara ketua projek jambatan Goerg Stolz mengatakan pihaknya tidak boleh disalahkan. "Kami membuat ini agar kelawar boleh dialihkan dari jalan-jalan kota agar 16 ribu kereta tidak terganggu," ujarnya. 

sumber - dairishare



Post a Comment