CELINAC, Bosnia - Seorang pesara, Momir Bojic membina badan kereta Volkswagen Beetle yang diperbuat daripada 50,000 papan kayu oak di sini.
Bojic yang berusia 71 tahun merupakan peminat kereta tersebut tinggal di sini, dekat Banja Luka. Dia mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan kereta tersebut.
Bojic juga memandu kereta itu di atas jalan raya. Rim tayar kereta tersebut juga diperbuat daripada kayu. Papan pemuka kereta itu turut dihasilkan daripada kayu oak.
Oak merupakan pokok kayu yang besar. Pokok itu mempunyai kayu yang keras dan pada kebiasaannya digunakan untuk membuat perabot.
SUMBER-DAIRISHARE
Post a Comment