Manusia Pertama Hidup Tanpa Jantung

Posted by Blog Informasi















Pada bulan Mac tahun lalu , Craig Lewis, 55, dalam keadaan tenat kerana keadaan jantung yang menyebabkan pembentukan protein abnormal , dengan keadaan ini alat perentak jantung tidak boleh membantu menyelamatkan hidupnya.

Craig Lewis ( 55) , adalah orang pertama yang menggunakan pam ' aliran berterusan ' untuk menggantikan fungsi jantung. Tetapi dua orang doktor dari Texas Heart Institute mencadangkan penyelesaian baru yang revolusioner , yakni memasang peranti yang akan membolehkan darah beredar dalam tubuhnya tanpa denyutan jantung.

Dr Billy Cohn dan Dr Bud Frazier kemudian memasang peranti tersebut setelah mengeluarkan jantung Lewis . Dan dalam masa beberapa hari, pesakit sudah boleh bangun dan bercakap dengan doktor .

Kedua-dua doktor tersebut sebelumnya telah menguji alat ini pada hampir 50 anak lembu . Dimana mereka mengeluarkan hati binatang tersebut , dan pada hari berikutnya lembu - lembu itu berlaku normal seperti makan , tidur, dan bergerak. Namun kali ini, tanpa jantung yang mengepam darah ke tubuh mereka.

"Jika anda mendengar dada ( lembu ) dengan stetoskop, maka anda tidak akan mendengar degupan jantung, " kata Dr Cohn kepada NPR Jun 2011 lalu.

Di petik dari Dailymail: Amiloidosis ( keadaan dimana badan menghasilkan protein buruk) Lewis semakin parah, dan doktor takut dia akan segera meninggal jika tidak mendapatkan pertolongan yang tepat. Bahkan doktor mengatakan ia hanya mempunyai 12 jam untuk hidup.
Jadi, dengan izin isteri Lewis iaitu Linda, Dr Cohn dan Dr Frazier kemudian memasang alat ini pada Mac 2011.

Peranti tersebut bekerja dengan membekalkan aliran darah secara berterusan melalui tubuh, dengan menggunakan baling - baling.

"Saya mendengar bunyi dengungan yang menakjubkan . Dia tidak punya denyut jantung. " tutur isterinya yang kehairanan.





Post a Comment