Lelaki ini bernama Derek Nance . Berasa dari Kentucky , Amerika Syarikat. Lima tahun yang lalu , Derek mengalami sakit perutnya. Gangguan pencernaan ini mengakibatkan dia mengalami loya dan muntah berterusan tanpa henti setiap selesai makan. Beliau lalu memutuskan untuk mula melakukan diet untuk mengatasi hal ini. Awalnya dia menjadi seorang vegetarian . Namun gagal kerana Derek masih tetap muntah dan sakit.
Setelah membaca buku , Derek melakukan pekara ekstrem lain yaitu paleo diet ini. Beliau mula makan daging mentah tanpa perasa dari haiwan yang dia sembelih sendiri . Dia juga mengambil hampir semua bahagian haiwan yang di potong itu, termasuk organ dan lemaknya . Dia yakin pola makannya ini mampu menyembuh dari sakitnya selama ini.
Ia mengaku ketika ini dia merasa menjadi lebih kuat dan sihat. Pola makan ekstrem -nya ini memang ditentang oleh ayahnya. Sedihnya, pola makan anehnya ini membuat perkahwinannya hancur dan berakhir dengan perceraian.
Pola makan Derek ini sudah didokumentasikan selama beberapa waktu terakhir ini. Sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman YouTube pada 2012 memperlihatkan bagaimana Derek merobek kaki anak lembu yang telah disimpan di dalam peti ais dan menghisap keluar sumsumnya.
sumber : dairishare
Post a Comment