Dimana ada kemahuan disitu ada jalan , sepertinya inilah pepatah yang tepat untuk seorang lelaki di China bernama Wang ini . Demi mendapatkan kereta yang diidam - idamkan Wang rela bersusah payah mengumpul syiling hasil dari perniagaannya . Dan setelah duit syilingnya sudah mencukupi, ia kemudian datang ke kedai kereta untuk membeli kereta yang ia sukai.
Wang membawa duit syiling bernilai 60,000 Yuan dari hasil jerih payahnya berniaga kedai roti dan mie , duit syiling tersebut dibawanya menggunakan 7 karung tepung dengan meminjam sebuah van. 7 karung syiling ini bahkan mencecah berat 300kg !
Pihak peniaga terkejut dengan cara pembayaran ini, mereka mengaku sukar untuk mencari bank yang bersedia mengira duit-duit syiling milik Wang tersebut . Beruntung, ada satu bank yang bersedia menerima walaupun hanya bersedia untuk mengira 15,000 Yuan dari jumlah 60,000 yang dibawa oleh Wang. Menurut Wang , demi membeli kereta rata- rata ia boleh mengumpul 10 ribu syiling Yuan dalam sebulan .
Post a Comment