Jalan Paling Berbahaya Di India Di Beri Nama 'Timbunan Mayat'

Posted by Blog Informasi

















Jalan maut yang berada di laluan Rohtang yang membelah pergunungan Himalaya pada ketinggian 3.978 m . Rohtang dalam bahasa tempatan bermaksud " timbunan mayat " kerana ramai orang yang maut ketika melalui laluan tersebut ketika cuaca buruk . Laluan itu menghubungkan lembah Kullu dengan Spiti di Himachal Pradesh , India .

Jalan Rohtang amat berbahaya namun ada satu titik jalan yang dikatakan sebagai yang paling maut di dunia . Jalan itu tepatnya terletak di killar , lembah Pangi , menuju ke Kishtwar . Jalan sehaluan itu mirip sebuah overdraf yang dipahat di tepian gunung batu .




















Saiz jalan maut itu hanya muat dilalui satu kenderaan tanpa pagar keselamatan yang boleh menyebabkan kendaran boleh terus terjun ke gaung jika tergelincir satu inci sahaja . Jika anda menaiki kereta melalui jalan itu anda akan dapat melihat sungai di dasar gaung ketika menjenguk dari tingkap .

Ketakutan bertambah kerana rendahnya bumbung tebing di atas jalan diapit dinding batuan tajam menonjol . Tidak hanya itu sahaja, jalan semakin sukar dilalui kerana di penuh ketulan batuan dan sangat berliku-liku . Ketika cuaca buruk biasanya sering terjadi runtuhan yang menambahkan bahaya laluan ini .

Tidak hairanlah , bagi orang yang baru pertama melintas di sana terpaksa ditemani penduduk setempat yang sudah biasa laluan disana. Meskipun paling menakutkan namun jalan Rohtang selalu padat , bahkan hingga berlaku kesesakan panjang . 










Post a Comment