Fesyen Selebriti Mengandung Di Karpet Merah ABPBH2013

Posted by Blog Informasi

KUALA LUMPUR, 27 MEI 2014: Menariknya tentang laluan karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) kerana dapat dilihat beberapa fesyen menarik selebriti popular tanah air sesuai dengan tema ‘magis alam’ yang diketengahkan oleh anugerah berkenaan.
2
Paling menarik perhatian apabila terdapat tiga selebriti wanita popular yang hadir dengan gaya dan penampilan tersendiri meskipun sedang sarat berbadan dua.
Didie Alias, Scha Al-Yahya dan Lisdawati tidak mahu ketinggalan memeriahkan majlis berprestij berkenaan walaupun secara logiknya mereka perlu berehat di rumah dan menonton rancangan itu di kaca TV sahaja dengan keadaan berbadan dua mereka itu.
Lisdawati yang tampil dengan gaun kembang bewarna hijau, terlebih dahulu telah mendapatkan nasihat doctor untuk hadir ke majlis berkenaan meskipun usia kandungannya hanya tinggal seminggu saja lagi untuk dilahirkan. 
2
Begitu pula dengan Didie Alias yang merupakan pengacara karpet merah ABPBH2013, nampaknya kelihatan agak temengah-mengah sebaik sahaja menyudahkan tugasnya pada malam berkenaan yang digandingkan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
Didie Alias yang ditemui portal murai.com.my pada malam berkenaan berkata, memang agak berbeza apabila perlu beraksi ketika berbadan dua apatah lagi hanya menunggu beberapa minggu saja lagi untuk melahirkan.
Malam itu Didie Alias sekali lagi membuka mata ramai pihak dengan persalinan hijau bagaikan pokok diselaputi lumut sedang bergerak rekaan Allya Mysara. Sempat juga dia menunjukan akar kayu yang tumbuh di atas kepalanya.
Kerana berbadan dua juga, Didie Alias tidak menggayakan sebarang tumit tinggi sebaliknya hanya sepatu sarung paling selesa bagi memudahkan pergerakannya.
Lain pula halnya dengan seorang lagi pengacara karpert merah ABPBH2013, Scha Al-Yahya apabila dia kelihatan cukup menawan dengan gaun biru elektrik rekaan Alia Bastamam.
Dalam pada sarat hamil, ketiga-tiga bakal ibu itu masih mampu berdiri anggun dan megah di laluan karpet merah dan melayan kerenah pihak media serta peminat yang ingin merakamkan gambar mereka bertiga. Bravo! -Murai



Post a Comment