Seram tengok tangan Nabila Huda yang penuh dengan akibat tercedera. Gaun yang dipakai pelakon seksi ini pun penuh dengan darah sehingga menimbulkan kebimbangan tentang apa sebenarnya yang berlaku ke atas Nabila.
Selepas menjenguk di laman Instagram ibu tunggal ini, kami baru tahu bahawa Nabila sedang terlibat dalam penggambaran sebuah filem bergenre seram yang tidak diketahui judulnya. Beliau melakonkan watak sebagai seorang wanita yang suka minum darah.
Kami pasti, lakonan yang dibawakan oleh Nabila tidak mengecewakan dan bakal menggamit perasaan paling seram dalam diri penonton apabila filem ini ditayangkan nanti. Rasanya, ini filem pertama Nabila melakonkan watak bergenre seram.
Gambar dari: Instagram Nabila Huda
Post a Comment