Nenek Barack Obama Tunai Ibadah Umrah

Nenek Barack Obama Tunai Ibadah Umrah | Nenek Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dari sebelah ayahnya bernama Sarah Omar Obama. Pada Tahun ini nenek Barack Obama, menunaikan ibadah umrah dalam  minggu ini.

Seperti yang dilaporkan, Sarah menjalankan ibadah di Kota Suci Makkah hanya ditemani beberapa keluarganya. Ia yang berusia sekitar 90-an tahun, mereka pergi umrah ke Mekah bersama putera iaitu pakcik kepada barack obama (Saeed Hussien obama) dan cucunya (Mousa Obama).


Sarah Obama iaitu nenek barack obama dari daripada keturunan ayah barack obama merupakan warga Kenya. Orang-orang timur tengah memanggil wanita 90 tahun itu 'nenek Obama'.



Setelah menunaikan ibadah umrah, Sarah obama, melawat sebuah pameran tentang kehidupan Nabi Muhammad.

"Saya sangat gembira datang ke pameran ini, yang menunjukkan contoh bagus penyebaran Islam secara moden," kata Sarah.

Dilaporkan oleh akhbar, Sarah menangis melihat pameran tersebut. "Ini peninggalan yang sungguh penting yang selalu mengingatkan kita betapa agungnya Nabi Muhammad," ujarnya.

Sarah Obama  merupakan nenek tiri Barack Obama . Dia adalah isteri ketiga dari datuk Obama yang bernama Hussein Onyango Obama . Keluarga Hussein Onyango Obama , iaitu keturunan Barack Obama berasal dari suku Luo yang merupakan suku ketiga terbesar di Kenya . Keluarga ayah Barack Obama kebanyakan tinggal di bahagian barat wilayah Nyanza 

Pada mulanya Datuk Obama , Hussein Onyango Obama beragama Katolik Roma . Namun kemudian dia tertarik dengan Islam dan berpindah agama , lalu mengambil nama Hussein untuk menunjukkan identitinya sebagai Muslim .






Bapak Barack Obama pula menikahi Stanley Ann Dunham, kawan kuliahnya di Hawaii pada 1961. Pernikahan tersebut melahirkan Obama Jr, yang kini menjadi presiden AS.

Berbeza dari keluarga ayahnya yang memeluk Islam, Obama dibesarkan dalam tradisi Kristian metodhis. Obama terakhir kali mengunjungi rumah neneknya di Kenya pada 2010.

Sarah Obama sudah beberapa kali menunaikan haji. sebelum ini ibadah haji dilakukan pada tahun2009, The Daily Mail mengatakan nenek obama pernah meminta obama masuk islam. "Saya selalu berdoa cucu kesayangan ini menerima agama Islam," kata Sarah.

Gara-gara nama tengah 'Hussein' itu, Obama sewaktu kempen di AS sering dituduh Islam. Sentimen agama non-Kristian masih dianggap penting sebahagian masyarakat konservatif. Ahli politik Parti Demokrat ini sampai berulangkali menjelaskan bahawa dia 'seorang Kristian taat'.
 


PADAH !! Pengsan Kerana Baju Terlalu Ketat

  • Pengsan kerana baju terlalu ketat
  • Seorang ahli bina badan pengsan gara-gara baju terlalu ketat. -Foto sumber Waterford Whispers News

PADAH !! Pengsan Kerana Baju Terlalu Ketat | DUBLIN - IRELAND. Seorang ahli bina badan pengsan selepas kekurangan darah untuk sampai ke otak gara-gara baju yang dipakai terlalu ketat, kelmarin.

Menurut Waterford Whispers News, Cathal Hennessy memakai baju yang dikatakan hanya sesuai untuk kanak-kanak berumur 9-12 tahun ketika kejadian.

Menurut saksi, muka Hennessy sangat pucat dan kedua-dua belah tangan dan lengannya berwarna ungu disebabkan kekurangan darah.

Pasukan perubatan yang kebetulan berada di tempat kejadian berjaya memberikan rawatan kepada Hennessy.

Kebiasaannya, segelintir ahli bina badan mengenakan baju ketat untuk mempamerkan otat badan di bahagian lengan, dada atau perut. 

MENYERAMKAN... Video Bayi Comel Ditolak Lembaga Misteri !


MENYERAMKAN... Video Bayi Comel Ditolak Lembaga Misteri !! | Pada usia satu tahun Lexi Hood, didakwa bapanya sudah mampu berdiri dengan kukuh dan stabil. Bagaimanapun dalam rakaman video di bawah, Lexi kelihatan seperti ditolak sesuatu yang berhampiran dengannya. 

Selepas menyaksikan kejadian aneh itu, Gareth Hood, 35, dan isterinya Charlene, 31, mula rasa seperti ada yang tidak kena dan percaya ada makhluk halus yang tinggal bersama di dalam rumah mereka. 

Adakah anda setuju dengan ibu bapa Lexi bahawa kejadian ini disebabkan makhluk halus?  Saksikan video di bawah. KREDIT MYNEWSVIRAL.


Video CCTV Tersebar, Ini Jawapan Dari Page ‘Keadilan Untuk Familia Myvi Club’





JIKA dilihat di laman sosial tatkala ini, rata-rata dipenuhi dengan kecaman netizen terhadap kejadian nahas kemalangan di Lebuhraya Duke yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.
Di Facebook, penuh di ruangan wall berkaitan spekulasi kejadian tersebut yang dikatakan berpunca daripada enam kereta Myvi sedang berlumba secara haram.
Laman mikro Twitter pula, dibanjiri reaksi orang ramai yang berkongsi kesedihan selain berang terhadap punca tragedi menyayat hati itu.
Namun, penafian demi penafian dibuat oleh ahli Familia Myvi Club (FMC) dengan mendakwa mereka tidak berlumba di lebuhraya Duke ketika kejadian.
Enam ahli FMC itu juga menafikan mereka adalah punca pasangan suami isteri serta bayi berusia 6 bulan maut dalam kemalangan.
Terkini, memetik laporan dari sebuah portal tempatan Mynewshub, telah terbit sebuah page “Keadilan untuk Familia Myvi Club’ di laman Facebook.




Menerusi page tersebut, video rakaman CCTV memaparkan keenam-enam Myvi sedang memecut kenderaan masing-masing di lebuh raya Duke yang kini tersebar, telah disangkal dengan menyatakan video tersebut adalah palsu dan diedit.
“Terdapat kesan khas, time lapse mungkin buatkan video ini nampak laju. Cyber bullying memang betol wujud. Subhannallah. Sabar.”
Menurut mereka, video tersebut telah diedit dengan kesan time lapse digunakan bagi membuktikan yang keenam-enam Myvi tersebut dipandu dengan laju.
Buat pengetahuan anda, time lapse adalah kesan ‘fast-foward’ sesebuah video yang dilajukan bagi mempercepatkan durasi video.
Tidakkah mereka terfikir, jika video tersebut dikatakan telah diubah dengan menggunakan time lapse, pastinya kesan cahaya di hujung lampu belakang kereta akan menjadi panjang akibat proses pemendekkan masa.
Kenderaan lain yang melalui tol tersebut juga, dapat dilihat berhenti di palang seperti biasa sebelum bergerak dengan kelajuan normal, jadi di mana kesan time lapse tersebut?

Sumber: Penpatah


Khasiat Lidah Buaya Untuk Rambut


Daun lidah buaya memiliki banyak khasiat, selain dapat digunakan untuk penyembuh luka, dan perawatan kulit, lidah buaya juga telah terbukti sangat berkesan untuk mengatasi keguguran rambut, Lidah buaya mengandungi tonik yang berguna untuk menyuburkan dan memberi nutrisi pada akar rambut serta menjadikan rambut kita lebih cantik dan lebat.

Khasiat Lidah Buaya untuk Rambut

Lidah buaya terkenal untuk menjadikan rambut menjadi lembut dan cantik. Mungkin manfaat ini kita sudah dengar sejak kecil. Khasiat ini dperolehi dari kandungan glycoprotein. Glycoprotein berperanan dalam menghasilkan rambut yang lembut dan cantik. Itulah sebabnya banyak shampoo yang menggunakan ekstrak lidah buaya dalam produknya.

Sebum adalah zat berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi oleh tubuh dan dirembeskan oleh kelenjar rambut kita. Bila dikeluarkan berlebihan, sebum akan terkumpul pada kulit kepala seterusnya bercampur dengan kotoran dan membentuk kerak yang dapat merosakan folikel rambut serta menghalang pertumbuhan folikel rambut yang baru.

Lidah buaya memiliki sifat antibakteria yang membantu mengurangkan sebum yang berlebihan bagi membolehkan kulit kepala untuk bernafas dan membolehkan folikel rambut diperbaharui. Dengan itu rambut menjadi lebih sihat dan bersih.

- Mengaktifkan Pertumbuhan Rambut
Lidah buaya mengaktifkan pertumbuhan rambut baru dan folikel rambut dengan meningkatkan peredaran darah ke akar folikel. Lidah buaya juga membantu membersihkan pori-pori dan menjadikan pH kulit kepala seimbang serta menguatkan akar rambut.

-Memberikan Kelembapan semulajadi, Vitamin, dan Mineral.
Folikel rambut mememerlukan vitamin. Ini boleh didapati dari lidah buaya (aloe vera). Ini kerana daun lidah buaya mengandungi lebih dari 20 mineral , vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, dan E. Dengan itu lidah buaya dapat menjaga kelembaban semulajadi kulit kepala dan folikel rambut.

Mengalami rambut gugur merupakan suatu perkara yang tidak menyenangkan, ada yang mengatakan rambut adalah mahkota, bagaimana jika mahkota anda mengalami keguguran terus menerus, mungkin boleh menjadi masalah yang serius, jika tidak diatasi dengan segera.

Berikut adalah Cara menggunakan lidah buaya untuk mengatasi rambut gugur :
  1. Ambil daun lidah buaya yang berukuran besar dan isi yang banyak.
  2. Kemudian belah daun lidah buaya tersebut kepada dua bahgian dan ambil isi/lendirnya .
  3. Lumurkan isi/lendir tadi pada keseluruhan bahagian kepala hingga serata.
  4. Biarkan selama 10 hingan 15 minit
  5. Kemudian cuci sampai bersih
  6. Lakukan secara rutin dua kali dalam satu minggu.
Petua menyuburkan rambut dengan lidah buaya

Daun Lidah buaya dicuci hingga bersih.Kemudian belah dan ambil lendirnya. Gosokkan lendir lidah buaya tadi secara merata di kulit kepala sambil dipici-picitt. Diamkan selama 15 minit. Setelah itu, cuci rambut dengan shampoo sehingga bersih. Ulangi cara ini seminggu tiga kali.Insyallah rambut anda akan tumbuh subur dan sihat.

Menurut carian di internet, orang Red Indian, di Amerika percaya dengan menyapukan bahan dari daun lidah buaya setiap malam di kulit kepala dan dibilas bersih-bersih pada keesokan paginya – rambut akan menjadi lebih bermaya.

Seorang pendandan rambut terkenal,Rudy Hadisuwarno mengatakan ada beberapa faktor yang menyebabkan rambut gugur, diantaranya adalah :
  • Keguguran rambut disebabkan oleh faktor genetik (keturunan).
  • Bagi anda yang suka mendyekan rambut, ada kemungkinan anda alahan terhadap pewarna rambut. Sebaiknya sebelum memwarnakan rambut, pewarna rambut itu diuji terlebih dulu pada tangan dan dibiarkan seketika.(bagi orang muslim, haram mewarnakan rambut kerana suka-suka)
  • Sesetengah wanita mengalami keguguran rambut setelah melahirkan anak
  • Rambut seelok-eloknya dibiarkan dalam keadaan kering dan tidak lembap, oleh itu tidak digalakkan untuk memakai helmet dan topi untuk waktu yang lama.
  • Stres juga menjadi salah satu faktor penyebab keguguran rambut.

10 Tempat Yang Anda Tak Boleh Pergi




Dunia ini penuh dengan tempat rahsia atau tempat eksklusif yang kita tak tahu, atau hanya memang tak dibenarkan dilawat walaupun kita nak.. Hari ini kita lihat senarai 10 tempat serata dunia yang ditutup kepada orang awam atau hampir mustahil untuk orang awam nak melawat!



10.Mezhgorye


  • Mezhgorye adalah sebuah bandar tertutup di Russia yang dipercayai didiami penduduk yang bekerja di tempat paling rahsia, Pergunungan Yamantaw.
  • Bandar ini didirikan pada tahun 1979.
  • Gunung Yamantaw berada di 1.640 meter (5.381 kaki) dan merupakan gunung tertinggi di selatan Ural.
  • Lebih kurang macam Kosvinsky Mountain (600 km ke arah utara), dipercayai oleh Amerika Syarikat menjadi kemudahan nuklear rahsia dan / atau bahan bakar.
  • Projek penggalian besar telah dilihat oleh satelit AS baru-baru ini akhir 1990-an, semasa pemerintahan Boris Yeltsin pro-Barat setelah jatuhnya Kesatuan Soviet. Dua garrison, Beloretsk-15 dan Beloretsk-16, dibina di atas kemudahan.
  • Kerajaan Russia mengatakan tempat ini adalah tempat melombong, mempunyai banyak hasil untuk Russia, sebagai tempat simpanan makanan, dan bunker untuk Ketua-ketua negara kalau dalam terbabit peperangan.

    9.Vatican Secret Archives

  • Anda boleh melihat dokumen yang anda inginkan. Tapi anda tidak boleh masuk arkib. Anda perlu menghantar permintaan anda untuk sebuah dokumen dan akan diberikan kepada anda.
  • Dalam cerita Angel And Demons lakonan Ron Howard dan Dan Brown, dokumen-dokumen adalah yang sudah tersedia dan tiada karya-karya besar yang dilarang.
  • Dokumen-dokumen yang anda boleh mengakses adalah mereka yang belum 75 tahun (dalam rangka untuk melindungi maklumat diplomatik dan kerajaan).
  • Arkib Rahsia Vatican telah dianggarkan sepanjang 52 batu (84 km) rak, dan ada 35.000 jenis buku.

    8.Club 33

    • Ramai orang ingat, Disneyland adalah tempat untuk budak-budak sahaja. Anda silap, Disneyland mempunyai lesen penuh jualan arak bererti di tempat ini apabila dibuat majlis persendirian, anda boleh minum arak sesuka hati.lol. Walaupunpun begitu, disebabkan ia adalah masjlis persendirian, anda tak boleh la masuk sesuka hati juga…
    • Tapi ada satu tempat di Disneyland yang selalu terbuka untuk menjual minuman keras: Club 33.Sebuah kelab eklusif yang terletak di tengah bahagian New Orleans Square Disneyland.
    • Secara rasminya sebagai rahsia Disneyland, pintu masuk kelab terletak di sebelah Blue Bayou Restaurant di “33 Royal Street” dengan pintu masuk dikenali oleh plat alamat hiasan dengan nombor 33 terukir di atasnya.
    • Bayaran untuk menyertai kelab ini sekitar 10-30 ribu dollar AS dan bulanan sekitar 3-5 ribu dollar US serta keahlian dilengkapi dengan tempat letak kereta. Juga lepas anda isi borang, anda perlu tunggu mereka terima permohonan anda sekitar 10-14  tahun!!!

      7.Moscow Metro-2

      • Metro-2 di Moscow, Russia adalah sistem metro bawah tanah rahsia yang sama laluan dengan Moscow Metro awam.
      • Sistem ini dibina semasa pemerintahan Stalin dan diberi nama kod D-6 oleh KGB.
      • Wartawan Rusia telah melaporkan kewujudan Metro-2 dan Pejabat Keselamatan Federal Persekutuan Rusia (FSB) atau pentadbiran Moscow Metro hanya berdiam diri. Metro-2 dikhabarkan melebihi dari Moscow Metro awam. Ia juga dikatakan mempunyai 4 baris dan sedalam 50-200 Meter!
      • Dikatakan juga ia menyambung Kremlin dengan markas besar FSB, lapangan terbang kerajaan di Vnukovo-2, dan sebuah kota bawah tanah di Ramenki, di samping lokasi lain yang penting.
      • Malah, tidak ada sorang pun yang menyatakan sudah pergi ke tempat ini yang lagi menyebabkan tempat ini sangat-sangat susah untuk dikunjungi.

        6.White’s Gentlemen’s Club

        • White’s adalah kelab lelaki Inggeris yang paling eksklusif. Syarikat ini ditubuhkan pada 1693 oleh Bianco Francesco Itali (Francis White) untuk menjual coklat panas yang baru dicipta oleh dia tetapi akhirnya menjadi kelab (tapi sangat private).
        • Kelab ini terkenal dengan “buku taruhan” nya di mana ahlinya membuat perjudian aneh. Yang paling terkenal merupakan £ 3000 taruhan pada yang mana dari dua hujan akan jatuh ke tetingkap yang pertama.
        • Perempuan dikecualikan sepenuhnya dari keahlian, sehingga menyebabkan separuh pembaca blog ni berhenti membaca….. haha..dan lelaki yang ingin menyertai kelab eksklusif ini hanya boleh melakukannya jika dijemput oleh seorang ahli tetap yang mendapat sokongan daripada dua ahli yang lain. Kecuali anda adalah ahli royalti, atau sangat berpengaruh dalam politik atau seni, anda tidak akan dapat melihat jemputan White yang eksklusif.

          5.Area 51

          • Area 51 adalah sebuah panggilan untuk sebuah pengkalan tentera yang terletak di bahagian selatan Nevada di Amerika Syarikat bahagian barat, 83 batu (133 km) utara-barat laut pusat bandar Las Vegas.
          • Terletak di pusat, di pantai selatan Groom Lake, merupakan sebuah lapangan terbang tentera besar rahsia.
          • Tujuan utama adalah untuk menyokong pembangunan dan ujian pesawat eksperimental dan sistem senjata.
          • Sumber mendedahkan di sekitar pangkalan, kewujudan UFO dan kerajaan AS tidak mengakui, telah menjadikan tempat ini menjadi subjek teori konspirasi dan cerita-cerita UFO.
          • Papan tanda di atas menyatakan bahawa anda boleh ditahan/dicederakan/dibunuh jika memasuki zon kawasan 51.

            4.Room 39

            • Room 39 atau Bureau 39 adalah salah satu organisasi yang paling rahsia di Korea Utara yang mencari cara untuk mendapatkan mata wang asing untuk Kim Jong-il, Ketua Suruhanjaya Pertahanan Nasional Korea Utara.
            • Room 39 ditubuhkan pada akhir 1970-an.Ini telah digambarkan lynchpin sebagai “ekonomi mahkamah” Utara berpusat pada dinasti keluarga Kim.
            • Tidak diketahui bagaimana nama itu berasal. Sangat sedikit yang diketahui tentang Bilik 39 kerana sifat organisasi rahsia, tetapi banyak spekulasi bahawa organisasi ini menggunakan akaun bank 10 hingga 20 di China dan Switzerland untuk tujuan pemalsuan, pengubahan wang haram, dan transaksi terlarang lainnya.
            • Room 39 juga dikatakan terlibat dalam penyeludupan dadah dan penjualan senjata gelap.
            • Diketahui mempunyai organisasi sehingga 120 syarikat perdagangan asing di bawah bidang kuasa dan berada di bawah kawalan Kim Jong-il. Walaubagaimanapun, Korea Utara menafikan terbabit dalam kegiatan haram.
            • Room 39 dikatakan berada di dalam bangunan Parti Buruh yang berkuasa  di Pyongyang, ibukota Korea Utara.
              3.RAF Menwith Hill


              • RAF Menwith Hill adalah pangkalan tentera Inggeris dengan sambungan kepada rangkaian rahsia ECHELON global.
              • Tempat ini mempunyai stesen satelit yang luas dan merupakan pusat mengesan komunikasi dan pusat amaran peluru berpandu  dan telah digambarkan sebagai stesen pemantauan elektronik terbesar di dunia.
              • Tempat ini bertindak sebagai stesen bumi untuk sejumlah satelit yang dikendalikan oleh US National Reconnaissance Office, dengan nama Badan Keamanan Nasional AS, dan antenanya mempunyai sejumlah besar radomes putih istimewa, yang juga merupakan unsur dalam ECHELON sistem.
              • ECHELON dilaporkan dicipta untuk memantau komunikasi tentera dan diplomatik Kesatuan Soviet dan Blok Timur sekutu semasa Perang Dingin pada awal tahun 1960, tetapi sejak berakhirnya Perang Dingin ia juga digunakan untuk mencari plot pengganas, pengedaran dadah, dan maklumat politik.
              • Ia juga terbabit dalam laporan perisikan dan dipercayai untuk menapis semua komunikasi telefon dan radio di negara-negara tertentu- suatu kesalahan privasi yang melampau.

                2.Mount Weather Emergency Operations Center

                • Pernah tak anda tengok movie yang memaparkan kejadian akhir zaman seperti cerita 2012, terdapat pusat tempat kawalan untuk orang-orang tertentu berkumpul, ia memang wujud.
                • Mount Weather Emergency Operations Center,adalah tempat yang tidak hanya tertutup untuk umum, tetapi itu adalah tempat yang anda harap tidak akan masuk!.Tempat ini sangat rahsia di mana pegawai kerajaan AS dan beberapa dipilih sahaja boleh pergi dengan harapan bahawa mereka dapat melarikan diri dari kejadian buruk yang mungkin akan datang.
                • Tempat ini ditubuhkan pada tahun 1950 kerana perang dingin, tapi terus beroperasi hari ini. Ia adalah tempat ” terakhir”. Oleh sebab itu, operasinya sangat rahsia.
                • Tempat ini diuruskan oleh Badan Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA). Pusat ini sudah berfungsi dan malahan dalam bencana kecil di AS, banyak lalu lintas telekomunikasi melalui tempat ini.

                  1.Ise Grand Shrine

                  • The Grand Kuil Ise di Jepun (sebenarnya mempunyai lebih kurang 100 tempat suci) adalah kuil paling suci di Jepun.
                  • Tempat ini dibina  untuk memuja Amaterasu (dewi matahari) dan telah ada sejak 4BC.
                  • Tempat suci utama adalah dipercayai mempunyai item yang paling penting dalam sejarah empayar Jepun: NaikÅ« (cermin dari mitologi Jepun yang akhirnya berakhir di tangan maharaja pertama).
                  • Kuil ini dirobohkan dan dibina semula setiap 20 tahun sesuai dengan idea Shinto kematian dan kelahiran semula (pembangunan semula seterusnya akan di 2013).
                  • Ia nombor satu di dalam senarai dan anda tidak akan pergi karena satu-satunya orang yang boleh masuk adalah imam atau pendeta dan ia harus menjadi ahli keluarga diraja Jepun.Jadi kecuali kita memiliki Puteri atau Putera Jepun sedang membaca laman web ini, tak seorang pun di sini akan pernah melihat sesuatu yang lebih dari bumbung Ise Grand Shrine.







Lihat Jutawan-Jutawan Ini Bersama Pasangannya, Cinta Itu Buta !!

Hugh Hefner & Crystal Harris.

Rupert Murdoch & Wendi Deng.

Donald Trump & Melania Trump.

James Goldstein & Amalie Wichmann.

Richard Lugner & Cathy Schmitz.

Bob Kraft & Ricki Noel Lander.

Sumner Redstone & Malia Andelin.

Flavio Briatore & Elisabetta Gregoraci.

Harvey Weinstein & Georgina Chapman.

9 Benda Paling Pelik Yang Dijual Di Internet

Tak lama dulu, kita pernah digemparkan apabila sesuatu yang lucu telah diiklankan di laman web Mudah.my, pasti anda masih ingat bukan?
Di samping itu, memetik dari perkongsian di sebuah blog, kami bawakan kepada anda melihat benda-benda lain yang pernah ditawarkan di dunia internet… 
1: Siapa yang jual air tin 100 plus di Mudah.my ni??
2
Air tin 100 plus yang di jual di Mudah.my. Kalau ikut penjual ni, dia tersalah beli air. Dia nak beli Orange F&N, tapi terbeli 100 Plus. Air ni masih dalam condition yang bagus dan expired date pun lambat lagi. Harga asal yang ditawarkan adalah RM1.00. Tapi itu belum nego lagi tau. Mungkin kalau selepas nego boleh dapat 50 sen kot. Dan yang sedikit pelik, ditambah lawak macam manalah transaksi sebegini boleh terlepas di Mudah.my??

2: Jual beli waktu bersama selebriti kesayangan anda!
2
2

3: Cip kentang berbentuk topi ‘Pope’ terjual untuk $1209!
2
2

4: Nak beli tengokorak dan rangka manusia?
2
Yang ni pun pelik tapi benar. Jual tengkorak dan rangka manusia di internet. Harga pun boleh tahan. $1,750.00 bagi setiap tengkorak. Kalau berdasarkan penerangan disitu, tengkorak ini adalah asli dan masih elok. Lengkap dengan 32 batang gigi lagi.


5: Sandwic milik Britney Spears terjual di eBay untuk harga promosi $500
2
2

6: Laman web yang menjual pulau peribadi dari seluruh dunia.
2
2

7: Jual bayi dengan harga $8,200 di laman web China.
2
Dalam kes ni, jual bayi di laman web China dengan harga $8,200. Dan tahukah anda dengan duit itu diorang buat apa?? Beli Iphone,[Rujuk Sini]. Dahsyatlah dia orang ni. Tapi kalau sebut China mesti ramai yang tak pelikkan,sebab selalunya kes yang pelik-pelik ni memang banyak di negara China.

8: Remaja 21 tahun jual dara untuk 50,000 euro.
2
Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet. Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.

9: Roti bakar dengan gambar ‘Virgin Mary’ terjual untuk $28,000
2
2
Jual roti bakar berwajah “Virgin Mary” dengan harga $28,000 di Internet. Kalau ditengok dalam gambar ni, wajah “Virgin Mary” ni quite clearkan. Hmmm..