Gizi bermaksud makanan yang dimakan setiap hari. Gizi yang seimbang adalah penting bagi manusia. Banyak faktor yang mendorong kepada keperluan gizi seimbang, termasuklah aktiviti seharian. Ini kerana dalam melakukan aktiviti seharian, kita akan bergantung kepada keperluan tenaga yang mencukupidaripada makanan yang kita makan. Selain daripada itu juga, kita perlukan kelas makanan yang betul bagi menjamin pertumbuhan tumbesaran dan juga menjaga kesihatan.
GIZI SEIMBANG
Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang betul dan mencukupi
Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan. Sebagai contohnya, hidangan makan tengahari perlulah mengandungi karbohidrat untuk tenaga kita (nasi), protein untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam / daging), mineral dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta bahan pelarut badan (air). Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan mencukupiseperti yang diperlukan oleh badan.
GIZI TIDAK SEIMBANG
Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu sahaja
Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanan tertentu sahaja dan lazimnya banyak denganbahan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan. Sebagai contohnya makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam atau gula yang tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat rendah. Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.
-------> SUMBER
-------> SUMBER ASAL
Post a Comment