Min Ho memberikan pose istimewa bersama para peminatnya pada sesi beramah mesra yang diadakan di KLCC pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal dari Korea Selatan, Lee Min Ho menyimpan hasrat untuk melancong ke Pulau Tioman, Johor pada kunjungan seterusnya ke negara ini pada masa hadapan.
Min Ho, 27, berkata, dia tertarik untuk melawat ke Pulau Tioman selepas salah seorang peminat menunjukkan gambar keindahan pulau tersebut kepadanya pada sesi bertemu peminat yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini pada Ahad.
"Saya cukup teruja apabila salah seorang peminat saya menunjukkan gambar-gambar keindahan di Pulau Tioman tadi. Ia bakal menjadi lokasi percutian saya selepas ini," katanya.

Min Ho hadir ke negara ini sebagai salah satu rangka mempromosikan produk terbaharu jenama Osim iaitu Wonder Sofa Osim uDiva.
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri seperti Boys Over Flower dan The Heirs itu turut bertindak sebagai duta kepada jenama berkenaan.
Min Ho tampil serba hitam pada sidang media yang diadakan di bilik 401 KLCC sebelum itu sempat meluangkan masa hampir 45 minit bersama peminatnya di negara ini untuk sesi ramah mesra.
Jelas Min Ho lagi, dia memang seorang yang sukakan kepada aktiviti luar selain gemar menghabiskan masa di pantai sekiranya mempunyai waktu terluang.
Dalam pada itu, bercakap mengenai projek terbaharunya, Min Ho berkata, dia bakal muncul dalam sebuah filem aksi berjudul Gangnam Blues yang menyaksikan dia membuat perubahan pada penampilannya.

Jelas Min Ho, dia yakin peminat akan menyukai filem itu kerana ia sebuah karya berbeza berbanding projek terdahulunya yang lebih kepada kisah percintaan dan romantik.
"Saya cukup teruja dengan filem ini kerana ia lain daripada apa yang pernah saya lakukan sebelum ini. Peminat kena menonton untuk melihat perbezaannya," katanya.
Sementara itu, Min Ho juga turut memberitahu, dia bakal melancarkan album terbaharunya berjudul Song For You khas buat peminat setianya.

---------->SUMBER
Post a Comment