Demi Cinta Lelaki Ini Pahat Gunung Selama 20 Tahun

Posted by Blog Informasi

Sesuatu yang luar biasa apabila seorang lelaki yang bernama Dashrath Manjhi sanggup membelah gunung selama 20 tahun dengan memahat menggunakan alat-alat yang mudah.
Ada cerita menarik sebenarnya di sebalik usaha gigih lelaki ini. Jika tidak, mungkin dia tidak akan sanggup bersusah payah memahat gunung batu hanya dengan menggunakan peralatan biasa sahaja.
Kisah ini bermula pada sekitar 1960-an apabila isteri Dashrath Manjhi, Falguni Devi cedera di dalam sebuah kemalangan. Kerana lokasi desa yang sangat sukar ditempuh kerana perlu melalui bukit setinggi 300 kaki, akan tetapi, malagnya di pertengahan jalan ke hospital yang agak jauh, isterinya Falguni Devi meninggal dunia.


Kecewa dengan kematian isterinya yang sebenarnya boleh dirawat seandainya laluan jalan mudah untuk dilalui, Dashrath meminta kerajaan tempatan untuk membina jalan menembus sebuah gunung. Kerana tidak mahu kejadian yang menimpa isterinya berlaku lagi kepada yang lain. Betapa murninya hati lelaki ini!…
Usaha gigih Dashrath membuahkan hasil
Akan tetapi, permintaan tersebut diabaikan oleh kerajaan kerana penduduk kampung Gaya bukan dari kasta yang tinggi atau orang berada, padahal jika dilaksanakan perjalanan yang tadinya ditempuh sejauh 70 kilometer akan menjadi 7 kilometer sahaja.
2
Laluan ini memberi faedah kepada penduduk kampung


2
Kalau hendak seribu daya…semuanya jadi
“Isteriku, Faguni Devi, terjatuh dan cedera parah apabila melintasi bukit ini. Pada waktu itu dia berhajat untuk membawakan air minum untukku. Saya bekerja di sebuah ladang yang terletak di balik bukit ini. Itulah hari di mana saya memutuskan untuk memahat bukit ini dan menjadikanya sebuah jalan. ” kata Dashrath Manjhi.
Akhirnya terselitlah dalam hati Dashrath untuk melakukan ‘idea gilanya iaitu membelah bukit tersebut yang selama ini menjadi pemisah bagi kehidupan penduduk kampung Gaya, dengan menggunakan peralatan biasa-biasa sahaja iaitu pemukul, kapak dan sebagainya. Tiada jentera moden digunakannya.
Ketika ia memulakan projek ini pada tahun 1960 banyak penduduk yang mencebik bibir dan meragukan tekadnya tersebut, bahkan sebahagian mereka mengatakannya gila kerana kesedihan yang mendalam ketika kehilangan isterinya.
Tapi pada tahun 1982 atau selama 22 tahun kemudian, jalan raya sepanjang hampir 1 kilometer dan selebar 16 kaki ini selesai dibina, Dashrath seketika menjadi pahlawan bagi penduduk kampung Gaya.
Ironinya, Dashrath Manjhi tidak menerima pengakuan apa-apa dari pihak kerajaan, bahkan ketika dia meninggal dunia di tahun 2007, dia hanya menerima pengurusan pengkebumiannya oleh negara. Tidak lebih dari itu. Kini, usaha Dashrath masih boleh dilihat sehingga kini biarpun dia telah meninggal dunia hampir 8 tahun yang lalu.- BicaraSantai
---->SUMBER



Post a Comment