GAMBAR : PROTON IRIZ KENA LANGGAR

Posted by Blog Informasi

Mungkin kereta IRIZ di dalam gambar dibawah ini merupakan IRIZ pertama yang terlibat di dalam kemalangan selepas perasmiannya pagi tadi.


Tapi kereta tu cuma kereta pandu uji. Nasib baik tak beli lagi. Kalau tak menangis la.. Kereta yang melanggar IRIZ tersebut adalah sebuah Perodua Viva.
Jika dilihat kepada kerosakan yang dialami tidaklah seteruk mana.. Kerosakan bagi IRIZ hanyalah lekuk di belakang sahaja, manakala viva tersebut pula mengalami kerosakan yang sedikit teruk. Jika dilihat pada gambar, lampunya dah sedikit terkeluar dan bumper depan bersama bonet depan pun lekuk. 

Antara ciri utama yang menarik bagi Proton IRIZ ini adalah ciri keselamatannya. Walaupun kemalangan ini tak teruk, tapi ia boleh menjadi kayu ukur kekerasan besi IRIZ berbanding dengan kereta Viva ni.- SiakapKeli.com
Sumber gambar : Lowyat.net



Post a Comment