Klang: “Saya nak jadi pilot (juruterbang) kerana mahu ayah hidangkan air untuk saya, tapi impian itu tidak tertunai kerana ayah sudah pergi,” kata anak kepada Allahyarham Shaikh Mohd Nor Shaikh Mahmood, Shaikh Danish, 13.
Menurut anak sulung Allahyarham Shaikh Mohd Nor itu, bapanya gemar bergurau dan meminta dia menjadi juruterbang.
“Arwah ayah sempat berpesan agar menjaga tiga lagi adik kerana saya paling tua. Saya reda dengan pemergian ayah dan menganggap ini satu ujian daripada Tuhan. Saya berharap ayah aman di sana,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian bapanya di Tanah Perkuburan Islam Sungai Jati, Kampung Jawa, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.
Sebelum itu jenazah tiba dari Amsterdam menggunakan pesawat MAS MH19 pada jam 6.20 pagi sebelum memasuki Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.30 pagi.
Sebelum itu jenazah tiba dari Amsterdam menggunakan pesawat MAS MH19 pada jam 6.20 pagi sebelum memasuki Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.30 pagi.
SHAIKH Danish (kiri) menenangkan ibunya, Madiani Mahdi, 42, pada pengebumian Allahyarham Shaikh Mohd Nor.
Jenazah tiba di pekarangan Masjid Sultan Sulaiman, Klang kira-kira jam 10.30 pagi dan disambut keluarga serta rakan sebelum disembahyangkan kira-kira 300 hadirin.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar.
Sementara itu, adik Allahyarham, Shaikh Rasyid Shaikh Mahmood, 22, berkata, abangnya berpesan agar mengikut jejak kerjayanya sebagai pramugara. - SUMBER
Post a Comment