TERAJU utama filem Taken iaitu Liam Neeson berkata dia akan memastikan karya itu merupakan sekual terakhir bagi filem aksi tersebut.
Katanya, lakonan dia dalam filem aksi ketiga itu dianggap sebagai terpaksa kerana sudah berjanji dengan pengarahnya Pierre Morel.
"Setelah membaca jalan cerita saya setuju untuk kembali berlakon dan beraksi dalam filem ini, namun saya janji ia merupakan yang terakhir," katanya.
Filem Taken bermula pada tahun 2008 mendapat sambutan hangat dan kutipan BoxOffice sehingga pihak produksi kembali dengan sekuel kedua pada 2012.
Filem Taken 3 dijadualkan ditayangkan pada Januari 2015.---> SUMBER
Post a Comment