Zizan Dan Emma Kahwin Hujung Tahun Ini?

Posted by Blog Informasi

Terbaru, menerusi akaun Instagram milik Zizan Razak, selebriti terkenal tanah air ini telah memuat naik sekeping gambar yang merupakan lukisan yang dipercayai dihasilkan oleh Emma Maembong dengan kata kata yang cukup romantis. “Percaya, hargai, sayang, cinta, teguh, sabar, jujur dan ikhlas — thanks untuk lukisan ini sayang. Sejuta erti disebalik lukisan ini, harap kekal seperti mana lukisan ini. Love you sayang” Rasanya para peminat sudah tidak perlu lagi untuk berteka teki akan status hubungan Zizan Razak dan aktres cantik Emma Maembong ketika ini. Menerusi ruangan komen juga ramai peminat sudah mula mendoakan pasangan ini untuk bertemu jodoh. Lebih mengejutkan, dipetik menerusi akhbar Berita Harian hujung minggu lalu, Zizan Razak mendedahkan yang dia ada merancang untuk menamatkan zaman bujangnya tahun ini walaupun tidak menyebut secara terperinci bakal isterinya adalah Emma Maembong. “Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini,” ujar Zizan Razak.



Post a Comment