Sebuah pantai buatan telah berjaya dibina oleh syarikat terkemuka dunia Mitshubishi. Pantai yang diberi nama The Ocean Dome ini terletak di Pulau Kyushu, Jepun.
Kebiasaannya kita mendengar tasik buatan manusia, namun kali ini terdapat sebuah pantai buatan yang dikenali sebagai The Ocean Dome. Iamerupakan sebuah pantai yang tertutup yang terbesar di dunia. Pantai buatan ini terletak di Pulau Kyushu, Jepun. Mempunyai 300 meter panjang dan 100 lebar dengan ketinggian hampir 38 meter.Pantai buatan ini boleh menampung lebih 10,000 orang pada satu-satu masa.Direka oleh syrikat perindustrian berat yang terkemuka dunia, Mitshubishi.
Dibuka secara rasmi pada julai 1993 menelan belanja sebanyak 200 bilion yen ($ 2 bilion). Didalam pantai buatan ini juga terdapat kedai tiga tingkat dan sebuah gunung berapi buatan yang mengeluarkan asap dan nyalaan api setiap 15 minit. Menakjubkan.
Post a Comment