Pada umumnya, seorang gadis belia berusia 12 tahun mungkin masih berpakaian kasual dengan riasan sederhana dan mempunyai ketinggian di bawah 160 cm.
Mereka juga mungkin masih disibukkan dengan pelbagai aktiviti pelajaran dan kokurikulum di sekolah.
Namun kehidupan berbeza dijalani oleh seorang gadis berasal dari Vietnam bernama Hoang Bao Tran ini.
Gadis ini adalah model termuda dari Vietnam yang memenangi Pertandingan Model Remaja Vietnam dan berjaya mendapat tempat pertama. Gelaran tersebut dimenangi ketika dia masih berusia 11 tahun. Melihat kepada wajahnya, mungkin ramai tak akan percaya bahawa gadis ini masih sangat muda.
Dengan postur tubuh yang tinggi lampai serta wajah yang cantik, dia mencuri perhatian banyak orang tidak hanya di Vietnam, namun juga di dunia. Wajah Bao Tran boleh dihat di internet, surat khabar hingga majalah fashion.
Post a Comment