Perang Dingin Jep Dan Shahrol, Siapa Yang Bermasalah

Posted by Blog Informasi

Sebelum ini pelawak dari kumpulan Shiro iaitu Shahrol ada meluahkan isi hati tentang isu. Menerusi laporan media baru-baru ini, Jep pula memberikan kenyataan berhubung isu berkenaan. Jelas Jep, dia rasa pelik dengan dakwaan dari Shahrol.

Menurut Jep, dakwaan Shahrol itu langsung tidak berasas dan dia menegaskan tidak ada apa-apa masalah dengan Shahrol.

“Secara jujur, saya tak tahu dan pelik nak jawab apabila ditanya persoalan yang tak ada jawapan. Saya melihat perkara ini sebagai tuduhan umum dan bukan ditujukan kepada saya secara khusus. Sepatutnya kena tanya pada lain-lain (pelawak) juga atas apa yang dia katakan sebab dia menjauhkan diri daripada kami semua. Dia kata ada datang meminta maaf kepada saya sedangkan benda itu tidak berlaku langsung. Lagipun dia bukan buat salah apa-apa jadi nak maafkan buat apa?”

“Saya ini jenis yang tidak bermusuh dengan orang dan tidak suka cetus permusuhan seperti yang dia dakwa. Saya pun pelik dengan apa yang berlaku sebab memang tak ada apa-apa masalah antara kami. Kita akan rapat dengan orang yang kita selesa untuk rapat. Kalau tak rapat, tak semestinya kita bergaduh bukan? Saya rasa perkara ini timbul disebabkan persepsi peribdi dia saja sedangkan tak ada apa berlaku pun.”

Berdasarkan kenyataan Jep diatas, ‘kita akan rapat dengan orang yang kita selesa untuk rapat’. Ada banyak maksud tu. Samada Jep benar-benar tidak selesa dengan Shahrol atau dia bermaksud macam kita berkawanlah, kalau kita sudah biasa berkawan dengan orang tu maka kita akan selesalah bersama dengan dia. Takkan tak pasal-pasal Jep dan ‘bermesra’ dengan Shahrol yang kadang-kadang jumpa tu kan…?

Apapun, diharap isu ini tidak berpanjangan. Samada Shahrol mahupun Jep keduanya memang antara pelawak baru yang hebat. Sama-samalah menjaga keharmonian masing-masing dan tak perlulah nak bangkitkan cerita negatif lagi.



Post a Comment