RESTORAN MELETUP: 12 MAUT, 30 CEDERA

Posted by Blog Informasi


Bumbung restoran ranap teruk selepas tangki gas meletup secara tiba-tiba.

DOHA - QATAR. Sekurang-kurangnya 12 pengunjung sebuah restoran di Qatar maut dan lebih 30 yang lain cedera selepas tangki gas di premis terbabit meletup secara tiba-tiba, semalam.

Ketua Keselamatan Awam, Saad Jassim al-Khleifi berkata, mangsa maut kebanyakan adalah warga Asia dan Arab Saudi.

"Letupan itu sangat kuat dan memusnahkan keseluruhan restoran yang bersambung dengan pusat beli belah. Letupan juga menyebabkan sisa runtuhan terpelanting 50 meter dari lokasi kejadian," katanya dalam laporan AFP.

Menurutnya, punca kejadian disebabkan tangki gas dipercayai terbakar sebelum meletup.



Post a Comment