Jom Lihat Kota Bawah Batu Yang Pasti Buat Anda Teruja

Posted by Blog Informasi


Setenil de las Bodegas adalah sebuah bandar di negara Sepanyol yang kelihatan seperti bandar yang di timpa oleh batu besar. Bandar unik ini dihuni kira-kira 3,000 orang yang tinggal di bawah bongkah batu.


Bandar kecil berwarna putih ini terletak sebelah timur laut wilayah Cádiz Sepanyol. Setenil de las Bodegas mempunyai tata letak kota yang unik, dimana bandar ini dibina di sepanjang jurang yang terbentuk akibat hakisan air sungai Trejo Rio, banyak rumah yang dibina di dalam dan di bawah dinding jurang itu.

Percaya atau tidak, masyarakat disini memilih untuk menetap di sana mempunyai alasan sederhana. Gua-gua alam Setenil menjadi tempat tinggal yang sesuai kerana akan menahan suhu panas di musim panas dan suhu sejuk di musim sejuk. Lokasi ini dipercayai telah menjadi tempat tinggal sejak zaman pra-sejarah.

Meskipun begittu, penduduk yang tinggal di bawah batu, bandar Setenil de las Bodegas tetap mempunyai peradaban yang sama dengan bandar-bandar lain di Sepanyol dan dunia, disana ada restoran, tempat hiburan, kedai dan lain-lain. 











Post a Comment